Gaya Asia Timur Emotikon

Pengguna Internet Asia Timur mempopularkan satu gaya emotikon yang boleh difahami tanpa memusingkan kepala ke kiri.

Emotikon-emotikon ini biasanya dijumpai dalam forat yang serupa dengan (*_*), yang mana tanda asterisk menandakan mata; aksara tengah, biasanya garis bawah, dijadikan mulut; dan tanda kurungan dijadikan garis luaran muka. Berbagai-bagai aksara boleh digunakan untuk menandakan mata, yang lazimnya dijadikan aspek terpenting dalam emotikon (berbanding dengan emotikon Barat yang menggunakan mulut). Penekanan pada mata dicerminkan dalam penggunaan am emotikon-emotikon yang menggunakan mata sahaja, cth. ^^. Aksara seperti tanda sengkang atau noktah boleh menggantikan tanda garis bawah; tanda noktah sering digunakan untuk mulut yang lebih kecil dan "comel" atau dijadikan hidung, cth. (^.^). Selain itu, mulut/hidung boleh digugurkan, cth. (^^). Tanda kurungan juga boleh diubah bentuknya, cth. {^_^}; atau digugurkan sama sekali, cth. ^^ atau o_O atau <.<. Tanda petikan ("), koma atas ('), atau koma bertindik (;) doleh dibubuh pada emotikon untuk memaksudkan kebimbangan atau rasa malu, dalam cara yang sama seperti titisan peluh dalam anime.kadang-kala emotikon (^^) menimbulkan kemusykilan - ada yang mentafsirkannya sebagai bulu kening. Kebanyakan aksara lain boleh dibubuh untuk menandakan lengan atau tangan, cth. <(^_^)> atau ⊂( ゚ ヮ゚)⊃ atau <(--<).

Rujukan

WikiPedia: Emotikon http://www.aim.com/emoticons.adp?aolp= http://www.anikaos.com/japanese_emoticons.html http://www.flickr.com/photos/jmania/sets/720575940... http://mail.google.com/support/bin/answer.py?answe... http://office.microsoft.com/en-us/help/HA011196081... http://office.microsoft.com/ja-jp/ime/HA1010300010... http://research.microsoft.com/~mbj/Smiley/Smiley.h... http://messenger.msn.com/Resource/Emoticons.aspx http://www.platopeople.com/emoticons.html http://messenger.yahoo.com/emoticons.php